USAHAWAN Siti Jamumall membuat keputusan untuk berkahwin dengan personaliti media sosial iaitu Aiman Tak Kesah di Satun, Thailand pada 1 Jun lalu dilakukan dalam masa singkat tanpa perancangan rapi. Kata Siti atau Siti Suriani Wahiddin, 25, keputusan itu dibuat dua hari sebelum majlis pernikahannya dengan bekas tunang yang sepatutnya berlangsung pada 31 Mei lalu. Gara-gara membatalkan majlis secara mengejut, Siti memberitahu dia berdepan kerugian sebanyak RM70,000. Siti dan Aiman berkahwin di Satun, Thailand. "Saya memang kahwin di Thailand dan membatalkan perkahwinan saya dengan lelaki lain pada 31 Mei. "Saya juga menanggung kerugian sebanyak RM70,000, tetapi orang kata dah jodoh, siapalah saya nak melawan takdir. "Dua hari sebelum nak kahwin (31 Mei) saya batalkan segalanya dan buat keputusan untuk terbang ke Thailand dah berkahwin dengan Aiman di sana,” katanya kepada mStar. Siti mendedahkan perkara itu ketika Sidang Media Siti Jamumall dan Aiman di Courtyard by Marriot, Setia Alam, Selangor pada petang Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Siti Jamumall kembali bergelar isteri, pilih Aiman Tak Kesah sebagai suami ARTIKEL BERKAITAN: Rugi tak jadi kahwin, rupanya ini sebab Siti Jamumall pilih nikah di Thailand Dalam pada itu, Siti memberitahu isu membabitkan dirinya dengan bekas tunang sudah diselesaikan dengan secara baik. Malah keputusan untuk membatalkan majlis perkahwinannya itu dicapai selepas dia membuat solat istikharah. "Pihak sana ada bersuara, tapi kita cuba selesaikan secara baik dan Alhamdulillah buat masa ini tiada masalah. Saya buat solat istikharah selepas mengaji. SITI JAMUMALL USAHAWAN "Sebelum batalkan dua hari sebelum majlis, saya buat solat istikharah selepas mengaji,” jelasnya. Sementara itu, Siti memaklumkan dia kini sedang dalam proses mendaftarkan perkahwinannya di Malaysia. "Untuk pendaftaran perkahwinan di Malaysia sedang dalam proses, tapi kami dah hantar untuk selesaikan perkara berkenaan," ujarnya. Sebelum ini, Siti sepatutnya bernikah pada 31 Mei lalu dengan seorang lelaki yang baharu dikenalinva namun maklis itu dibatalkan pada saat akhir atas faktor peribadi. Siti bahagia bersama Aiman. Malah, segala persiapan sudah dibuat termasuk jemputan kepada semua tetamu. Siti bagaimanapun mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan mengulas lanjut mengenai pembatalan majlis tersebut. Untuk rekod, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun bercerai pada Disember 2022. Hail perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!