SELEPAS lebih sebulan bergelar isteri, pelakon Afifah Nasir mendedahkan dia lebih banyak menyediakan masakan barat atau western food bagi memenuhi keinginan dan selera suaminya. Afifah atau Nur Afifah Nasir, 31, menjelaskan suaminya iaitu Syed Haris bukanlah bersikap cerewet, malah terbuka sekiranya dia turut menyediakan sajian Melayu. "Suami saya makan pasta dan makanan barat sampai ada yang DM saya tanya suami saya tak makan makanan Melayu ke? Afifah Nasir menjelaskan suaminya bukanlah seorang yang cerewet. "Dia makan, cuma sekali sahaja dalam seminggu, dia asyik teringin makanan barat saja," katanya. Afifah berkongsi perkara itu menerusi hantaran video di TikTok Inayah Beauty Trading. Dalam hantaran lain, Afifah turut meluahkan rasa teruja apabila rutin hariannya kini diisi dengan aktiviti sebagai seorang suri rumah. Malah, pelakon ini mengakui semakin cekap bekerja di dapur sejak bergelar isteri. ARTIKEL BERKAITAN: Suami rupanya abang kawan baik, Afifah Nasir tak sedar jodoh depan mata ARTIKEL BERKAITAN: Afifah Nasir sah bergelar isteri Syed Hariz "Seronok jadi suri rumah tangga, saya suka duduk rumah rasa macam healing sebab sebelum kahwin asyik duduk luar shooting. "Dulu saya fikir macam tak reti masak tapi bila saya dah masak macam ‘oh, boleh je aku masak sebenarnya’, lepas kahwin dia macam datang sendiri," ujarnya. Untuk rekod, Afifah mendirikan rumah tangga bersama Syed Hariz pada 5 Mei lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!