RIMAS sering dianggap menghidap penyakit tiroid, personaliti media sosial Kasih Iris Leona mendedahkan dirinya berada dalam keadaan sihat. Leona, 24, berkata lehernya kelihatan bengkak bukan disebabkan penyakit berkenaan sebaliknya diselaputi lemak yang menebal. Kata Leona lagi, dia sudah melakukan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh sebanyak dua kali bagi memastikan keadaan kesihatannya benar-benar baik. Leona sangkal segala dakwaan netizen berkenaan dirinya. "Ini adalah yang terakhir saya mahu bercakap tentang ini (tiroid). Sejujurnya ini adalah privasi saya tetapi kalian (netizen) tetap komen tentang perkara itu. "Untuk pengetahuan, saya sudah buat pemeriksaan kesihatan. Bukan sekali tetapi dua kali. Untuk yang pertama saya buat full blood test dan keputusan adalah bersih (tiada tiroid). "Kemudian kalian masih bercakap, saya pergi lagi hospital dan saya buat sekali lagi pemeriksaan. Keputusan masih sama, bersih. "Tidak hanya itu, saya juga buat ultrasound dan tiroid saya adalah saiz normal. Yang tebal itu adalah lemak! Saya tidak sakit, tetapi itu adalah lemak. Saya juga nak beritahu, mata saya bukan sakit atau bengkak, tetapi ia besar,” katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Personaliti bagai langit dengan bumi, Leona minta masa 2 bulan ubah kembar jadi influencer - “Dia pemalu orangnya” ARTIKEL BERKAITAN: Anak kembar Azhar Sulaiman cemerlang SPM, bakal ambil jurusan undang-undang Leona berkongsi perkara itu menerusi akuan TikTok miliknya pada malam Selasa. Dalam pada itu, Leona juga berharap penjelasannya itu mampu membuat orang ramai tidak lagi bercakap mengenai bentuk lehernya. Namun dia berterima kasih kerana ramai yang prihatin dan bimbang akan kesihatannya. Leona merupakan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman. "Oleh itu, tolong berhenti bercakap tentang tiroid. Agak annoying bila kalian ambil kisah tentang kesihatan saya sedangkan saya tahu saya dalam keadaan baik-baik sahaja. "Saya tidak perlu justikasikan perkara itu kepada kalian kerana itu adalah privasi saya dan ini adalah badan saya. "Terima kasih kerana ambil berat tetapi itu agak biadab berikan komen tentang badan orang lain okay," kongsinya. Sebelum ini, netizen sering mendakwa Leona menghidap penyakit tirod disebabkan lehernya yang besar dan memintanya untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!