suria

Ustaz Don kena lagi, salah jawab di radio pula... Mohon maaf isu puasa hari Tasyrik

Don tenang berdepan dengan segala ujian.

PENDAKWAH bebas Ustaz Don sekali lagi diuji apabila didakwa memberikan jawapan mengelirukan ketika menjawab soalan daripada seorang pemanggil untuk program radio.

Enggan memanjangkan perdebatan, Don atau Don Daniyal Don Biyajid, 40, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai isu berpuasa pada hari Tasyrik yang dijawab ketika dalam siaran berkenaan.

"Asalamualaikum kepada semua, saya minta maaflah sebab menjawab dalam keadaan mengelirukan. Saya minta maaf kepada semua banyak-banyak. Semoga Allah mengampuni dosa kita semua, minta maaf semua.

don mohon maaf 1

Don enggan namanya terus menjadi perdebatan ramai.

"Jawapan yang betul, tak boleh puasa pada hari raya Aidiladha dan hari Tasyrik juga iaitu hari raya kedua ketiga keempat, pada 11, 12, 13. Saya minta ampun, minta maaf," katanya.

Don membuat permohonan maaf berkenaan selepas video rakaman suara mengenai jawapan yang diberikan itu tular dan menjadi perdebatan ramai.

Dalam video yang lain pula, Don memberitahu pihaknya sekadar ingin memberikan penjelasan yang mudah difahami oleh pendengar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ustaz Don tak tipu hadis, video pendek punca salah faham... Sudah tunjuk bukti kepada pihak autoriti

ARTIKEL BERKAITAN: Sehari selepas bersiaran semula, Ustaz Don direhatkan terus daripada program ‘Salam Baitullah’

"Soalan itu ditanya pendengar dan semasa nak rakam pendengar kata hanya untuk hari raya Aidiladha pertama sahaja.

"Huraian dia panjang tapi ketika itu hanya nak beri pendengar faham sahaja. Maaf kerana beri jawapan mengelirukan," jelasnya.

Pada 14 Jun lalu, Don direhatkan terus daripada mengedalikan program Salam Baitullah selepas sehari bersiaran.

2750311

Nama Don sebelum ini hangat menjadi perbualan netizen.

Ia susulan kenyataan Don mengenai manfaat memandang wajah guru lebih baik berbanding bersedekah 1,000 ekor kuda di jalan Allah.

Kenyataan tersebut dikatakan tidak merujuk kitab-kitab sahih ahli agama selain menimbul percanggahan pendapatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain