suria

Impian Zubir Khan beli kereta Honda Civic akhirnya tercapai, hadiahkan ibu gelang emas

Usaha penat lelah Zubir membuahkan hasil.

BERKAT usaha dan kerja keras, penyanyi Zubir Khan akhirnya berjaya memiliki kereta baharu jenama Honda Civic yang menjadi idamannya selama ini.

Berkongsi video semasa sesi penyerahan kenderaan tersebut di sebuah bilik pameran, Zubir atau Muhammad Zubir Mohamad Ali, 24, bagaikan hilang kata-kata kerana tidak percaya impiannya itu menjadi kenyataan.

"Selama ini usaha dan kumpul duit sikit-sikit akhirnya tercapai beli kereta baru. Ini memang kereta idaman.

zubir khan 2

Zubir gembira apabila berjaya memiliki kereta idaman.

"Saya tak boleh nak cakap apa, sebab ini titik peluh saya kumpul sendiri," katanya.

Zubir meluahkan perasaan gembira itu menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Lebih bermakna lagi, kenderaan tersebut juga dianggap sebagai hadiah buat ibu tercinta yang selama ini banyak memberikan sokongan terhadap kerjayanya.

"Air mata kegembiraan dia (ibu) selepas melihat kejayaan ini. Dia tahu saya bersusah-payah dan bekerja keras untuk sampai ke tahap ini," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zubir Khan ‘sempurna’ walau ada kekurangan, pelik dituduh menipu tangan kudung

ARTIKEL BERKAITAN: Zubir Khan pasang impian kembangkan karier di India, dulu tak ada orang nak ambil kerja sebab tiada tangan

Tidak cukup dengan itu, Zubir juga turut menghadiahkan sebentuk gelang emas buat ibunya.

Dalam rakaman tersebut, ibu Zubir dilihat tidak dapat menahan air mata dan terharu apabila kerja keras dan usaha anaknya itu membuahkan hasil.

Rata-rata pengikut di media sosial turut berkongsi rasa sedih selain bangga dengan pencapaian Zubir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain