BAHARU berjinak-jinak dalam dunia lakonan, penyanyi Hasif Upin mendedahkan dirinya berdepan dengan gemuruh melampau semasa melakonkan watak Fandi di dalam Paku Tanah Jawa. Ini kerana Hasif atau Hasif Sharuddin, 32, berkata dia tidak mampu melontarkan dialog dengan baik disebabkan berlaku gempa bumi sehari sebelum penggambaran di Yogyakarta, Indonesia. Menurutnya, kejadian yang berlaku pada Jun tahun lalu itu merupakan pengalaman pertama sehingga mendatangkan rasa trauma terhadap dirinya. Hasif teruja kongsi pengalaman pertama kali berlakon. "Sehari sebelum penggambaran saya berdepan dengan gempa bumi. Sebab itu percakapan saya kurang jelas di dalam filem tersebut. "Saya menangis, anxiety dan menggigil. Sebab itu kali pertama saya berdepan gempa. "Semasa nak menjalani penggambaran saya bimbang sekiranya ada gempa susulan. Itu yang saya tidak mampu fokus pada lakonan saya," katanya kepada mStar. Hasif berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Tayangan Perdana Filem Paku Tanah Jawa yang berlangsung pada malam Rabu di Kuala Lumpur. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai puji TikToker Hasif Upin buat ‘challenge 10 saat’, selamba sedekah motosikal dan telefon... katanya bukan sebab nak viral ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada istilah menumpang Ziana Zain”... Hasif Upin ‘koyak’ baca komen netizen, hampir berhenti jadi penyanyi Berkongsi lanjut mengenai kejadian tersebut, Hasif berkata dia menyedari berlakunya gempa selepas mendengar laungan penduduk setempat. Gara-gara gegaran pada katil membuatkan dia terjaga daripada tidur dan bangun menyelamatkan diri malam itu. "Ketika itu saya dengar orang menjerit Allahuakhbar... Masa dengar itu saya ingat sudah subuh rupanya gempa bumi. "Saya rasa gegar dan hentakkan... macam tak percaya kerana ingat ia gangguan benda halus," ujarnya. Chalet yang saya duduk itu macam kurang kukuh. HASIF UPIN PENYANYI Malah semasa kejadian dia reda sekiranya ajal menjemput ketika itu memandangkan rumah dihuni seakan mahu runtuh bila-bila masa. Namun dia bersyukur kejadian tersebut tidak berulang dan mereka semua mampu meneruskan penggambaran dengan baik. "Ketika itu saya dah reda kalau mati di Indonesia. Mana tidaknya chalet yang saya duduk itu macam kurang kukuh. "Jadi saya risau kalau ia runtuh tapi nasib baik gempa itu hanya berlaku sekali sahaja," kongsinya. Hasif dan MK bergandingan di dalam Paku Tanah Jawa. Dalam perkembangan lain, Hasif tampil sebagai Fandi di dalam Tanah Paku Jawa yang juga merupakan pembantu kepada Datuk Amir lakonan MK K-Clique. Selain Hasif dan MK K-Clique, Paku Tanah Jawa juga dibintangi pelakon Indonesia seperti Masayu Anatasia, Gisellma Firmansyah, Landung Simatupang dan ramai lagi. Filem terbitan Armani Entertaiment itu seorang wanita bernama Handini yang merupakan penyanyi dan penari di kampungnya namun tanpa disangka dia melakukan perjanjian bersama ketua ajaran sesat. Paku Tanah Jawa bakal menemui penontin di pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Jun depan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube