suria

Aliff dan Ruhainies hadir mahkamah bagi sebutan pertama kes khalwat… Ini penjelasan peguam

Ruhainies dan Aliff hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi Khamis.

PEGUAM mewakili pelakon Aliff Aziz iaitu Hadi Salleh mengesahkan aktor itu dan Ruhainies hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

Menurut Hadi, mereka hadir bagi tujuan sebutan pertama pemakluman tuduhan tanpa merekodkan sebarang pengakuan daripada defendan.

Aliff dan Ruhainies bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan berjumlah RM1,500.

aliff1 - 1

Hadi (kiri) mewakili Aliff dalam sebutan kes khalwat melibatkan aktor berkenaan.

"Ya saya sahkan Aliff dan Ruhainies hadir ke mahkamah pagi ini (Khamis) bersama peguam yang mewakili kedua-dua pihak iaitu saya dan Amirul Ashraf Ghani mewakili Ruhainies.

"Hari ini sebutan kali pertama di hadapan Mahkamah Rendah Syariah bagi tujuan pemakluman tuduhan iaitu tanpa direkodkan sebarang pengakuan.

"Kedua-dua (Aliff dan Ruhainies) tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM1500 setiap seorang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz dan Ruhainies muncul di mahkamah syariah berkait kes khalwat

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi khalwat pengajaran buat Ruhainies, diam sebab tak mahu bergaduh

Sementara itu, Hadi memberitahu pertuduhan terhadap Aliff dan Ruhainies akan dilakukan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 3 Julai depan.

"Dijangka sebutan akan datang untuk bacaan pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur," ujarnya.

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhainies hangat diperkatakan selepas dia dan Aliff dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.

aa

Ruhainies dan Aliff ditangkap khalwat di sebuah kondominium di ibu kota pada awal Mac lalu.

Ruhainies bagaimanapun membuat satu kenyataan di InstaStory miliknya menjelaskan dia bukan ditangkap basah bersama Aliff seperti didakwa sesetengah pihak.

Kata Ruhainies, dakwaan salah terhadapnya boleh mengelirukan dan mengeruhkan keadaan.

Aktres drama Terjerat itu memilih mendiamkan diri sekali gus meminta orang ramai tidak lagi mengeruhkan keadaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain