suria

Shah Iskandar layak mohon taraf penduduk tetap tahun depan, lega tak perlu ulang-alik ke Singapura

Shah kini hanya menggunakan pas penduduk bagi memasuki Malaysia setiap lima tahun.

PELAKON Shah Iskandar menarik nafas lega apabila dia layak untuk memohon status 'Penduduk Tetap' atau Permanent Residence (PR) pada tahun depan.

Kata Shah atau Shah Iskandar Mahfuz, 42, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menetap di Malaysia setelah 10 tahun membina kerjaya di negara ini.

"Tahun depan saya bakal memohon status penduduk tetap atau PR. Selepas 10 tahun membina kerjaya di sini saya akhirnya dapat peluang untuk memohon status tersebut," katanya ketika ditemui mStar.

Shah berkongsi perkara itu ketika sidang media drama Polis Peronda yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor pada Khamis.

shah1 - 1

Shah sudah menetap di Malaysia selama 10 tahun.

Pelakon asal Singapura itu meluahkan rasa syukur apabila dia sudah tidak perlu lagi berulang-alik dari Singapura ke Malaysia

Malah, buat sementara waktu ini dia menggunakan pas penduduk atau 'Resident Pass' (RP) yang membolehkan dia memasuki Malaysia setiap lima tahun.

"Sekarang ini saya pemegang status 'Resident Pass' atau RP, dengan pas itu memang kita boleh keluar masuk Singapura Malaysia setiap lima tahun.

"Awal-awal dulu saya nak keluar masuk Malaysia berulang kali terpaksa melalui proses cop pasport dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu dah pernah popular, sekarang dapat watak 'pak pacak' pun jadilah - Shah Iskandar

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas rindu tidur atas katil bujang, Shah Iskandar buat 'check list' sebelum balik Singapura

"InsyaAllah, saya harap lulus memandangkan saya di Malaysia pun sudah masuk 15 tahun,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shah berkata proses mendapatkan status itu memakan masa yang lama kerana dia memohon melalui proses yang sepatutnya tanpa sebarang 'bantuan' daripada mana-mana pihak.

"Tanpa 'cable' atau apa-apa bantuan, saya boleh memohon status tersebut secara sah. Saya nak buat dengan cara yang betul," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Shah bakal membintangi sebuah drama bersiri berjudul Polis Peronda yang bakal bersiaran di TV3 bermula 28 Jun depan.

Membawakan watak utama iaitu Koperal Bani, Shah mengharapkan penglibatannya dalam drama ini membuka masyarakat terhadap kemampuanya menggalas karakter hero.

Lebih menarik, Shah turut berkongsi yang dia terpaksa menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg) dalam masa tiga minggu bagi menjayakan watak Koperal Bani.

shah2 - 1

Shah teruja bakal beraksi dalam drama Polis Peronda.

"Apabila dapat watak hero ini saya macam tak percaya dan tertanya sama ada ini ialah 'turning-point' untuk diri saya setelah sekian lama berehat dari memegang karakter utama.

"Saya diminta untuk turunkan berat badan memandangkan saya merupakan hero drama ini, jadi saya usaha diet dari segi pemakanan

"Alhamdulillah saya berjaya turunkan berat badan dari 92 kilogram kepada 83 kilogram, walaupun terpaksa melalui kesukaran tapi saya bersyukur ia berhasil.

Drama terbitan Skop Production tersebut diarahkan Datuk Yusof Haslam dengan bantuan pengarah bersama iaitu Shafiq Yusof bakal ditayangkan setiap hari Khamis pukul 10 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain