suria

Utamakan kesihatan selepas kena serangan jantung, Azlee Senario dah tak buat ‘live’ TikTok sampai lewat malam

SELEPAS dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat serangan jantung pada awal Jun lepas, pelakon dan pelawak Azlee Senario kini lebih mengutamakan tahap kesihatan supaya keadaan itu tidak berulang dan menjadi lebih teruk.

Kata Azlee atau nama sebenarnya Muhammad Azlee Jaafar, 57, dia dinasihatkan untuk menjaga pemakanan dan tidak mengambil makanan berlemak dan berminyak.

Malah, Azri berkata dia juga akan mengurangkan aktiviti membuat siaran langsung di aplikasi Tiktok sehingga lewat malam bagi mendapatkan tidur yang mencukupi.

“Saya sudah empat minggu tidak buat ‘live’ (TikTok) sebab sibuk dengan kerja. Betul juga kata anda (kena kurangkan live TikTok) sebab saya perlu cukup tidur. Jangan stres dan jaga pemakanan seperti tidak makan yang berlemak dan berminyak kerana menyebabkan kolestrol tinggi.

“Saya kena sentiasa cukup tidur dan kurangkan stres kerana ia akan menyebabkan jantung berada dalam keadaan tiak baik,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Azlee merupakan salah seorang pelakon di dalam filem komedi seram Saka Perawan arahan Dr Ahmad Idham yang bakal ditayangkan bermula 27 Jun ini.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi