suria

“Nak tegur rasa berat” - Luqman Podolski bukan sombong tapi pemalu, susah jadi orang introvert

DIKATAKAN tidak melemparkan senyuman kepada peminat, penyanyi Luqman Podolski dituduh sombong terutamanya ketika berdepan dengan peminat.

Mengulas mengenai perkara itu, Luqman atau Luqmanul Haqim Kamaruddin, 26, berkata dia bukanlah bersikap sombong sebaliknya memiliki sikap introvert membuatkan dia agak pendiam ketika berdepan khalayak.

“Saya ni seorang pendiam kalau ada orang tak tahu mungkin akan cakap saya ni macam tak nak layan sedangkan saya cuba untuk keluar daripada zon pendiam tu kepada lebih peramah.

“Tak senang sebenarnya untuk cuba keluar daripada zon pendiam tu, ambil masa bertahun bukannya boleh ambil masa sehari dua saja, bukan sombong tapi lebih kepada segan dan malu dengan orang ramai terutamanya.

“Kadang-kadang bila tak pakai kaca mata tu buatkan mata saya kurang nampak jadi sebab tu muka saya jadi serius, rasa berat bila nak tegur tu rasanya orang yang introvert ni pasti tahu,” kata Luqman kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi