suria

[V] Nampak macam ‘bad boy’ tapi sebenarnya Amir Ahnaf romantik dan lemah lembut orangnya!

SERING kali membawakan watak lelaki nakal atau 'bad boy', pelakon Amir Ahnaf mendedahkan dia sebenarnya seorang lelaki yang memiliki karakter romantis dan lemah lembut.

Menurut Amir atau Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 24, dirinya itu sangat berbeza dengan watak lakonannya dalam drama Project: High Council.

"Sejujurnya dalam kehidupan realiti saya bukanlah seorang yang bad boy, saya romantik sebenarnya.

Amir sering kali membawakan watak 'bad boy' dalam drama lakonannya.

Amir sering kali membawakan watak 'bad boy' dalam drama lakonannya.

"Sebelum ini saya pernah bertanya kepada pelakon-pelakon lain, mereka lebih hebat berlakon dalam karakter yang 180 darjah berbeza dengan dunia realiti mereka.

"Begitu juga seperti saya, saya seorang yang mempunyai karakter lembut (soft) tetapi hanya melakonkan karakter garang dalam drama," katanya kepada mStar.

Amir berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan barisan pelakon filem Kahar Kapla High Council bertempat di Lumi Tropicana, Petaling Jaya, Selangor pada malam Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf puji Sarah Yasmine, layan baik semasa di Singapura... Jawab pendedahan 'dilamar' Anna Jobling

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi gambar bersama sebab promosi drama, Amir Ahnaf tak campur urusan peribadi Anna Jobling

Dalam pada itu, Amir memberitahu sebagai pelakon dia akur dengan kehendak penonton yang lebih gemar menonton watak 'bad boy' dalam drama atau filem.

Kongsi Amir, satu ketika dahulu peminat menggilai pelakon yang membawakan watak-watak romantis dan kini dia terbuka menerima perubahan fasa yang berlaku dalam industri hiburan.

"Apa yang saya boleh lihat penonton di Malaysia sekarang lebih suka menonton karakter garang dan saya rasa ia satu perkara biasa.

"Kalau saya ingat kembali sekitar tahun 2008, penonton lebih suka menonton karakter-karakter romantis seperti dalam filem Ombak Rindu.

"Jadi saya melihat ini merupakan satu perubahan fasa dan sebagai pelakon kita perlu melihat apa yang orang muda (penonton) mahu kan sekarang," ujarnya.

Barisan pelakon Kahar Kapla High Council (Dari kiri: Tom, Sky Iskandar, Amir, Aedy dan Khenobu).

Barisan pelakon Kahar Kapla High Council (Dari kiri: Tom, Sky Iskandar, Amir, Aedy dan Khenobu).

Dalam perkembangan lain, Amir bakal beraksi untuk filem prekuel kepada drama siri Project: High Council iaitu Kahar Kapla High Council.

Selain Amir, filem tersebut turut akan dibintangi oleh pelakon Aedy Ashraf yang membawakan watak Beja dan pendatang baharu iaitu Sky Iskandar sebagai Megat.

Dua lagi watak lain yang turut dipilih menerusi sesi uji bakat ialah Thompson Goh sebagai Li dan Khenobu sebagai Jojo.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain