suria

“Adik okay tak tu?” - Abby Abadi cari Marissa di IG, risau mesej tak balas

Abby risaukan keadaan anak perempuannya.

KAPSYEN ditulis pelakon Abby Abadi meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuannya iaitu Marissa Dania Hakim di laman Instagram menarik perhatian netizen.

Dalam hantaran berkenaan, Abby atau Arbaiyah Abdul Rahman, 47, memberitahu dia risaukan keadaan Marissa selepas anaknya itu gagal dihubungi.

"Adik sayang, buat apa tu? Adik okay tak tu? Kenapa mama mesej tak balas?" katanya dalam satu hantran di InstaStory pada Rabu.

Copy of Untitled (94)

Abby berkongs perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Abby turut meminta Marissa pulang ke rumah kerana mahu mengajaknya makan bersama keluarga.

"Mama nak ajak makan, nak masak spaghetti untuk adik ni. Bila nak balik?" ujarnya.

Sebelum ini, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila didakwa bernikah di Thailand bersama seorang lelaki bernama Ahmad Aslam yang juga berstatus suami orang pada 27 Disember tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih ada rasa ralat, Abby Abadi doa Marissa bahagia hidup berpoligami... Kongsi pekerjaan menantu sara 2 isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa bawa Aslam jumpa mentua, ramai sebak menantu salam Abby Abadi

Spekulasi itu kemudiannya disahkan sendiri oleh Abby pada 16 Mac lalu.

Susulan itu, berlaku ketegangan di antara Abby dan Marissa kerana gadis itu dikatakan cuba mengelak daripada bertemu ibunya.

Bagaimanpun, hubungan mereka kini sudah kembali jernih apabila Marissa dilihat meraikan 1 Syawal bersama ibunya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain