suria

Fauziah Nawi tak mahu berlakon jadi hantu, seram cerita kena kacau di lokasi penggambaran

SUDAH 50 tahun berada dalam industri hiburan, pelakon Datuk Fauziah Nawi mendedahkan dia tidak akan menerima dan melakonkan watak sebagai hantu.

Kata Fauziah, dia pernah berdepan situasi menyeramkan sewaktu penggambaran hingga meninggalkan kesan buatnya sehingga kini.

“Takut dan tak nak bawa watak hantu... Lagi pun kalau asyik berlakon hantu nanti dapat watak itu sahaja.

“Saya pun boleh nampak hantu sebab tu tak nak, pernah sekali berlakon drama sewaktu di hospital lama saya nampak kelibat jururawat serta pesakit tapi macam bukan zaman sekarang sebab baju dia nampak lama.

“Kemudian ada kru tanya cakap dengan siapa pada hari kejadian tu sebab nampak saya bercakap seorang diri, lepas kejadian tu memang saya tak mahu berlakon atau terima watak hantu,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Fauziah bakal muncul dengan filem terbaharu arah Ahmad Idham berjudul Saka Perawan yang bakal ditayangkan di pawagam pada 27 Jun ini.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi