suria

Jumpa benda pelik-pelik, ada cubaan ganggu rumah tangga Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sejak kahwin

PELAKON dan usahawan Wawa Zainal mendedahkan ada cubaan daripada individu yang mahu merosakkan rumah tangga yang dibina hampir 13 tahun bersama suami iaitu Aeril Zafrel.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 32, berkata, bagi memastikan rumah tangganya sentiasa dalam keadaan baik, dia tidak terlalu bergantung kepada pendinding malah hanya memperbanyakkan amalan kepada Allah.

“Kita pun macam-macam orang hantar. Adaalah orang yang cuba kacau rumah tangga kita. KIta tiada lah pendingdang sangat, tapi cuma amalan (kepad tuhan) yang tidak tinggal,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Wawa juga merupakan pelakon bagi filem Abnormal Buas terbitan Aeril yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 20 Jun ini.

Filem bergenre ‘thriller’ itu mengisahkan manusia yang bersifat kebinatangan dan memaparkan jalan cerita berbeza daripada kebanyakan filem tempatan sedia ada.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi