suria

Murah rezeki Bell Ngasri, dakwaan ‘sendu’ selepas menang anugerah tidak berlaku... “Saya tak pernah berubah”

HAMPIR setahun dinobatkan Bintang Paling Popular 2023, pelakon Bell Ngasri bersyukur sehingga kini tawaran berlakon diterima tidak putus-putus.

Bell atau Nasrizal Ngasri, 44, sebaliknya bersyukur kerana dakwaan ‘sendu’ selepas menang anugerah itu tidak wujud pada dirinya kerana masih mengekalkan bersikap rendah diri.

“Alhamdulilah selepas dinobatkan menang tahun lalu sehingga sekarang ‘job’ masih lagi ada kalau dulu di program I Can See Your Voice sebagai jemputan tapi kini tidak lagi.

“Tak pernah pula saya merasakan seperti yang di uar-uarkan kalau menang makin kurang tawaran atau sendu, sebelum menang atau selepas masih lagi orang yang sama.

“Mungkin saya yang letakkan diri sedemikian rupa, tapi sebenarnya saya sendiri rasa tak perlu bangga atau riyak dengan perkara itu kerana menang itu nasib jadi masih berpijak di bumi yang nyata,” kata Bell kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi