suria

Filem lama kembali viral, Ahmad Idham minta pandangan anak lelaki untuk kekal relevan

BAGI memastikan dirinya kekal relevan sebagai pengarah, Ahmad Idham berkata dia perlu mengikuti citarasa penonton zaman sekarang terutamanya generasi Z.

Selain mendapatkan pandangan netizen, Ahmad Idham, 50, memberitahu anak lelakinya turut menjadi pengkritik tetap karya yang dihasilkan.

“Zaman sekarang saya tahu ramai tak sedar yang mereka minat saya dan banyaknya semua karya filem saya macam Impak Maksima, Senario... Ramai yang muat naik semula sedutan filem itu di Tiktok.

“Satu cabaran buat saya sekarang ini adalah untuk memenuhi citarasa generasi sekarang ini, saya kena ikut selera mereka dan salah satu caranya adalah dengan banyak bertanya dengan anak lelaki saya.

“Anak lelaki saya selalu akan komen hasil karya saya lagipun sesuai sebab dia generasi Z kan jadi tepat la untuk dapatkan data maklumat yang saya perlukan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi