suria

Sharifah Shahirah geram penyewa ‘jahanamkan’ rumah, sewa pun liat bayar... Letih jumpa macam-macam perangai

SELEPAS membuat pendedahan mengenai sikap buruk bekas penyewa rumah, penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah tampil berkongsi kerosakan yang ditanggung di kediamannya itu.

Penat berdepan situasi sama setiap kali menyewakan rumahnya, Sharifah Shahirah atau mesra disapa Shiera, 50, berkata dia terpaksa menanggung kerugian gara-gara sikap tidak bertanggungjawab mereka itu.

“Saya penat lalui masalah yang sama. Tolonglah bayar sebab saya pun kena bayar pihak bank rumah itu, kalau lewat juga mungkin selepas ini saya terpaksa minta bantuan polis untuk halau mereka.

“Kalau tidak mampu, jangan menyewa rumah saya. Banyak lagi rumah lain yang harga mampu. Jangan susahkan orang sebab banyak barang yang perlu saya baiki,” katanya kepada mStar.

Rara bagaimanapun berkata dia tidak berasa serik untuk memberikan sewaan kepada penyewa baharu walaupun pernah melalui peristiwa hitam sebelum ini.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi