BIJAK menyimpan rahsia tentang hubungan mereka, pasangan pelakon Redza Rosli dan Bella Hanna selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada petang Jumaat. Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Rosman Abdullah pada pukul 4.05 petang disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan iaitu Mohamad Mustaqim Sarmuji. Majlis pernikahan Redza dan Bella diadakan di Forest Valley, Cheras, Selangor. Redza dan Bella manis di atas pelamin. Pada majlis tersebut, Redza atau Ahmad Redza Rosli, 32, menyerahkan RM3,000 sebagai mas kahwin berserta lima dulang hantaran namun wang hantaran kepada pihak pengantin perempuan dirahsiakan. Manakala pengantin perempuan turut menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki. Antara barang hantaran yang diserahkan pihak pengantin lelaki berupa cincin, beg tangan dan minyak wangi. ARTIKEL BERKAITAN: Asyik bawa watak sama dalam drama, Redza Rosli baca komen penonton tapi tak tolak rezeki... "Terima kasih tegur" ARTIKEL BERKAITAN: Redza Rosli tak mahu kejar glamor, enggan lagi fikir tentang cinta... "Kita ni hidup bukan selama-lamanya" Sementara pihak perempuan menyerahkan barang hantaran berupa cincin, kasut, nintendo switch dan permainan video play station (PS5). Majlis bertemakan rona putih itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, sahabat handai dan rakan media yang membuat liputan pernikahan pasangan berkenaan. Antara rakan artis yang hadir termasuk Adam Lee, Sweet Qismina, Datin Elvina Mohamad, Datin Intan Najuwa, Erysha Emyra, Zamarul Hisyam, Diana Rafar dan Tracie Sinidol. Redza dan Bella sebelum ini pernah berlakon sama dalam sebuah drama. Pasangan ini pernah bergandingan menerusi drama Luruhnya Bunga Cinta yang disiarkan di TV3 tahun lalu. Selain Redza dan Bella, drama arahan pengarah Muhamad Riza Baharudin itu turut dibintangi Tracie Sinidol, Aniq Durar dan Nabila Razali. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube