suria

‘Hantar’ batang pinang dan kulit limau terbakar, CCTV rakam wajah individu cuba sihir Aeril Zafrel dan keluarga

Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki (kanan) cuba melakukan perbuatan khianat.

PASANGAN selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal memohon bantuan orang ramai untuk menjejaki seorang lelaki yang dipercayai menghantar 'barang' sihir ke kediaman mereka.

Menurut Aeril atau Suhairil Sunari, 36, laporan polis telah dibuat dua hari selepas dia menemui batang pinang serta kulit limau yang dibakar kira-kira dua minggu lalu.

Bagaimanapun pihak berkuasa sukar mengesan individu berkenaan selepas gagal mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

aeril 1

Batang pinang dan kulit limau (kanan) yang ditemui di kawasan rumah Aeril.

"Budak ini panjat rumah saya dan apabila tengok dia letak barang itu... Kalau kenal boleh mesej saya.

"Laporan polis telah dibuat tetapi susah nak kesan sebab nombor plat tak dapat dirakam oleh CCTV," katanya.

Aeril berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya pada Jumaat berserta video memaparkan wajah lelaki berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa benda pelik-pelik, ada cubaan ganggu rumah tangga Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sejak kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: “Wawa sudah cukup cantik” - Aeril Zafrel tak terfikir menduakan isteri, ingat anak-anak kalau ada ‘bisikan’ jahat

Sementara itu, Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 32, ketika dihubungi memberitahu tidak menyangka ada individu tergamak melakukan perbuatan sebegitu terhadap mereka.

"Jiran saya juga berkongsi rakaman CCTV, mula ingat lelaki itu nak mencuri namun dua hari selepas kejadian itu kami jumpa barang diletakkan dalam kawasan rumah.

"Memang kami tidak kenal lelaki tersebut dan tak sangka ada orang tergamak melakukan perbuatan sebegitu," ujar.

aeril 2

Wawa mendakwa ramai yang cuba ganggu hubungan mereka.

Wawa juga sebelum ini mendedahkan dia dan Aeril sudah beberapa kali berdepan situasi di mana ada pihak cuba melakukan perbuatan jahat terhadap hubungan mereka.

"Sejak berkahwin dah banyak kali berlaku. Pernah juga jumpa barang-barang pelik di pejabat.

"Kami tidaklah guna 'pendinding'. Cuma menjaga amalan supaya terhindar dari perkara sebegitu," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain