PELAKON Elfira Loy kecewa dengan penyebaran video memaparkan jenazah jemaah haji yang meninggal dunia dibiarkan bergelimpangan di tepi jalan di Arab Saudi di media sosial. Elfira atau Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30, berkata, penyebaran video berkenaan bukan sahaja mengundang fitnah sebaliknya memberikan persepsi negatif masyarakat kerana ia tidak menggambarkan keadaan secara keseluruhan. "Tak sangka tular video para syuhadah yang meninggal dunia ketika melakukan haji. Tak baik betul orang yang muat naik video yang tak dikaburkan. Elfira menulis perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram. "Video itu boleh mengundang fitnah dan juga menimbulkan perasaan negatif kepada para jemaah akan datang (musim haji seterusnya)," katanya. Elfira yang juga salah seorang jemaah haji tahun ini meluahkan perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Khamis. Dalam pada itu, Elfira berkata, dia menjadi saksi kesungguhan petugas perubatan Arab Saudi merawat dan membantu jemaah haji di Tanah Suci Makkah. Malah kata Elfira, makanan juga diberikan sama rata kepada semua tetamu Allah termasuk mereka yang tidak mendaftar visa haji. ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki dapat jemputan kali kedua, impian Elfira Loy mahu tunai haji bersama ibu tercapai ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Loy berangkat ke Makkah saat akhir, dapat jemputan Kementerian Media Arab Saudi buat haji "Saya menyaksikan secara langsung dedikasi pasukan perubatan berusaha memberi bantuan, bunyi ambulans jadi bukti kerja keras mereka beri rawatan segera kepada jemaah haji. "Truk makanan penuh di sana mengedarkan makanan secara adil kepada semua jemaah, termasuk yang tidak mendaftar untuk haji," jelasnya. Jelasnya, dia percaya kerajaan Arab Saudi telah merancang dan melaksanakan langkah berkesan untuk mengawal perkara tidak diingini berlaku. "Tahun ini langkah kawalan mereka sangat ketat, siap guna teknologi AI untuk merancang tindakan yang paling berkesan bagi jemaah haji," katanya. Elfira menjadi saksi kesungguhan pertugas perubatan Arab Saudi. Untuk rekod, Elfira berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 10 Jun lalu menerusi jemputan dari Kementerian Media Arab Saudi. Sejak beberapa hari lalu tular di media sosial video menunjukkan beberapa jenazah jemaah haji didakwa dibiarkan bergelimpangan di tepi jalan di Arab Saudi. Jemaah-jemaah itu dipercayai meninggal dunia kerana cuaca panas melampau berikutan suhu ekstrem sehingga 53 darjah celcius melanda negara itu pada musim haji tahun ini. Dilaporkan lebih 550 jemaah haji meninggal dunia akibat cuaca ekstrem itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!