BAPA kepada penyanyi Allahyarham Along Spoon sudah memaafkan bekas anggota polis, Mohd Ya'cob Demyati yang disabitkan dengan kesalahan membunuh penyanyi terkenal era 90-an itu 25 tahun lalu. Shafiee Mohd. Yusof atau mesra disapa Pak Engku berkata, dia sudah lama memaafkan pembunuh anaknya yang selesai menjalani hukuman penjara pada 16 November tahun lalu. "Dari dulu lagi saya sudah maafkan si pelaku. Apa yang terjadi adalah ketentuan Allah. "Mungkin di peringkat awal saya susah nak terima, itu mungkin satu kesilapan yang saya buat. Pak Engku ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan program mStar Baek. "Pada akhirnya saya hanya berdoa hanya Allah yang Maha Berkuasa dan saya terima segala ketentuan-Nya," katanya kepada mStar. Pak Engku berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Jalinan Kasih Prihatin di Menara KPJ, Kuala Lumpur pada Selasa. TONTON EPISOD MSTAR BAEK BERSAMA PAK ENGKU INI! Dalam pada itu, Pak Engku memberitahu dia tidak berhasrat bertemu dengan Ya'cob kerana merasakan tiada keperluan dia berbuat demikian. Bagaimanapun katanya, dia terima dengan hati terbuka sekiranya lelaki itu datang untuk meminta maaf kepadanya. ARTIKEL BERKAITAN: Ini reaksi bapa Along Spoon, hukuman pembunuh anaknya dipinda ARTIKEL BERKAITAN: Macam nak pengsan jika terdengar lagu Along Spoon, bapa tak sanggup simpan barang arwah "Rasanya tiada keperluan untuk saya berjumpa dengan si pelaku. Hati saya sudah terluka, tapi tak mengapalah, buat sahaja hal masing-masing. "Tapi kalau si pelaku itu datang nak minta maaf, saya terima tak ada masalah. Tapi untuk saya pergi berjumpanya rasanya tidak perlu," ujarnya. Walaupun Along atau Sabi'ul Malik Shafie sudah tiada, Pak Engku tidak pernah lupa untuk sentiasa menitipkan doa buat anak sulungnya itu. Kata Pak Engku, Along seorang anak lelaki yang baik dan sangat menghormati kedua ibu bapanya. Ya'acob dijatuhkan hukuman penjara selama 33 tahun. "Daripada tahun 2000 sehingalah ke hari ini, tak pernah satu hari saya tertinggal untuk mendoakannya. Arwah merupakan seorang anak yang sangat manja. Orangnya lemah-lembut, dia memang rapat dengan ibunya. "Kalau dia nampak ibunya terguris hati, waktu itu juga dia bersujud di kaki ibu," katanya. Pada 16 November tahun lalu, Ya'cob dibebaskan dari Penjara Kajang selepas terlepas hukuman pemenjaraan sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan meminda kepada penjara 33 tahun. Dalam perkembangan lain, Pak Engku merupakan antara lapan penerima sumbangan menerusi program mStar Baek musim kedua. Pak Engku memberitahu dia pada mulanya terkejut menerima panggilan daripada wakil mStar dan berasa bangga kerana dipilih sebagai penerima sumbangan. Penerima sumbangan program mStar Baek bergambar bersama wakil daripada Star Media Group (SMG) dan KPJ Healthcare. "Saya terima panggilan dari mStar tentang program ini (mStar Baek), saya cakap saya bukan artis tapi disebabkan saya ialah bapa kepada artis jadi mungkin saya boleh dikira termasuk juga dalam program ini. "Apabila team mStar dan KPJ datang ke rumah, saya rasa sangat bangga," katanya. Selain Pak Engku, tujuh lagi penerima sumbangan adalah Isma Aliff, Jaafar Onn, Dwan Olan, Izam EYE, Iqbal Mazlan dan Norazlina Zakaria. Kesemua peserta menerima wang tunai RM3,000 selain kad rawatan perubatan bagi membolehkan mereka dan seisi keluarga mendapat pemeriksaan kesihatan percuma di Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) yang disediakan pihak KPJ Healthcare selama setahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube