PENYANYI Shila Amzah mendedahkan anak lelakinya iaitu Seth Uwais didiagnosis dengan autism tahap satu. Sudah dapat merasakan ada sesuatu tidak kena dengan Seth, Shila bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dia mengetahui keadaan kesihatan sebenar anaknya. "Saya baru sahaja balik dari hospital dan Seth didiagnosis autism pada tahap satu. "Alhamdulillah, saya sudah lama rasa ada sesuatu, sama ada di autism atau ADHD," katanya. Shila berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram Shila menjelaskan perkara tersebut menerusi hantaran video di Instagram miliknya pada Selasa. Tidak bersedih dengan perkara itu, Shila atau Nur Shahila Amir Amzah, 34, sebaliknya berasa lebih yakin dalam mendidik dan membesarkan Seth dengan cara sesuai untuk kanak-kanak autistik. "Bila dah sah, senang kita nak tahu apa yang boleh buat dan apa tidak. ARTIKEL BERKAITAN: Ligat main badminton selepas pantang, stamina Shila Amzah tak macam dulu - “Dah tak rasa lutut” ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami tak jenguk anak? Shila Amzah jawab soalan peminat, katanya paling penting Seth gembira "Jadi kami pun tahu nak buat apa. Doakan supaya Seth boleh membesar dan belajar dengan baik," ujarnya. Sebagai perancangan terdekat, Shila memberitahu Seth akan menjalani terapi dan bakal dimasukkan ke sekolah pendidikan khas. "Doktor sarankan untuk Seth jalani terapi dan dihantar ke sekolah kanak-kanak autism. Shila dan Haris berpisah pada Februari 2022. "Doakan supaya Seth membesar dan dapat belajar dengan baik. Doakan kami juga sebagai ibu bapa yang boleh menjaga anak autisik ini dengan sempurna," katanya. Untuk rekod, Seth merupakan anak daripada perkahwinan Shila bersama Haris Edraki pada 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada 2022. Shila kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh media sosial Ubai pada 5 Ogos 2023. Mereka baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Rhea Akira pada 9 Mei lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!