suria

Dah jadi suami, Redza Rosli jaga batas dalam lakonan... Enggan berlebihan tayang kebahagiaan takut orang meluat

Redza cuba elak lakukan babak melebihi batas dengan pelakon wanita.

MEMEGANG status sebagai suami, pelakon Redza Rosli berkata dia kini perlu lebih menjaga batas pergaulan di antara rakan wanita supaya tidak timbul salah faham sehingga menganggu hubungannya dengan isteri.

Meskipun Bella Hanna memahami kerjayanya sebagai pelakon, namun Redza atau Ahmad Redza Rosli, 32, berkata dia perlu mengutamakan perasaan isterinya terlebih dahulu.

"Bella menerima segala kekurangan dan faham kerja saya sebagai seorang pelakon. Jadi saya sendiri kena tahu batas saya dalam lakonan seperti saya buat sebelum ini.

size NP 1 - 2024-06-24T155816.337

Redza selemat bergelar suami pada 21 Jun lalu.

"Jika ada babak yang tidak bersesuaian boleh bincang dengan pengarah. Kalau rasa tak perlu buat saya tak buatlah," katanya kepada mStar.

Pada Jumaat lalu, aktor itu sah bergelar suami kepada Bella atau Farhana Nabila Rosman, 28, dengan sekali lafaz di Forest Valley, Cheras, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Redza Rosli sah bergelar suami dengan sekali lafaz, pilih pelakon Bella Hanna sebagai isteri

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Redza Rosli tergerak hati mahu kahwin Bella Hanna, terus bawa isteri beli cincin - “Kami tak pernah isytihar bercinta”

Meskipun sudah sah bergelar suami isteri, Redza berkata itu tidak bermaksud dia akan menunjukkan kebahagiaan mereka secara terang-terangan di media sosial.

Ini kerana dia bimbang jika kemesraan berlebihan yang ditayang itu akan menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.

"Saya tak pernah tunjuk kehidupan peribadi saya di media sosial. Saya hanya gunakan untuk promosikan drama lakonan saya.

size NP 1 - 2024-06-24T155757.707

Redza tak mahu terlalu tunjuk kebahagiaan di media sosial.

"Kalau berkongsi hal rumah tangga selalu nanti ada yang meluat, bagi saya kebahagiaan itu jangan menunjuk lebih-lebih.

"Setakat benda tak perlu tunjuk tak perlulah, biar kebahagiaan simpan sendiri sebab akhirnya masalah yang dihadapi bukan orang lain yang selesaikan," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Redza bakal muncul dengan drama adaptasi novel iaitu Dedaun Hijau Di Angin Lalu di saluran Astro Ria bermula 1 Julai depan.

Drama itu menampilkan Redza sebagai watak utama yang digandingkan bersama pelakon Harissa Adlynn

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain