suria

Nedim masuk ICU, Nora Danish minta bekas suami terus kuat

Nora beri kata-kata semangat buat Nedim selepas dimasukkan ke ICU.

PELAKON Nora Danish memberikan kata-kata semangat buat bekas suaminya iaitu Nedim Nazri yang kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta.

Meskipun sudah berpisah, Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 42, tetap mendoakan Nedim supaya tabah menghadapi dugaan kesihatan itu.

"Terus kuat daddy (panggilan Nora kepada Nedim," katanya menerusi satu hantaran di Instastory.

size NP 1 - 2024-06-24T200634.040

Perkongsian Nedim dan Nora di Instastory mereka.

Sebelum itu, Nedim atau Mohamed Nedim Mohamed Nazri, memaklumkan dia dimasukkan di ICU di sebuah hospital.

"Sudah berumur 41 tahun dan saya kini dalam hospital, ICU," ujarnya.

Namun kedua-duanya tidak menyatakan secara perincian mengenai sakit yang sedang ditanggung Nedim.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan 7 tahun berakhir, Nora Danish dan Nedim bercerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: Nedim masih berbaik dengan Nora Danish walau sudah bercerai... “Cuma dia bukan milikku dalam Islam”

Pasangan ini sah bercerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Nedim melafazkan talak satu terhadap Nora sekaligus menamatkan spekulasi pergolakan rumah tangga mereka sebelum ini.

Usahawan itu ketika ditemui media selepas prosiding berlangsung enggan memberi sebarang komen berhubung keputusan untuk bercerai.

Untuk rekod, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain