TIDAK sedap badan sejak beberapa hari lalu, penyanyi Lan Solo akhirnya terpaksa menjalani pembedahan buasir kali kedua di sebuah pusat perubatan di Puchong, Selangor pada Isnin. Perkara itu dimaklumkan oleh isterinya iaitu Nur Sheila Hassim yang memberitahu doktor mengesahkan Lan atau Muhammad Razlan Mohamed Yusof, 39, menghidap penyakit buasir tahap empat. "Sebenarnya ini pembedahan haemorrhoid kedua Lan... sebelum ini sekitar tahun 2017. Tapi kali ini doktor buang tiga sekali gus selepas bengkak. Lan masih dalam keadaan lemah selepas jalani pembedahan. "Kami sudah ke klinik untuk dapatkan rawatan dan tapi tidak menjadi membuatkan kami terpaksa ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi mStar. Berkongsi lebih lanjut, Sheila memberitahu suaminya sudah cuba pelbagai cara untuk meredakan masalah buasir itu namun tidak berjaya. "Balik dari program semalam dia nampak macam nak demam sebab dia pun sudah rasa macam buasir itu terkeluar. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lan Solo dan Syura serah kepada peguam, sedia turun naik mahkamah kes saman fitnah Siti Nordiana terhadap 5 sekawan ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lan Solo dedah hasrat lima sekawan berbaik dengan Siti Nordiana sebelum ini gagal kerana tuntutan ganti rugi keterlaluan "Biasanya boleh tolak balik tapi kali ini lebih teruk. Sudah cuba pelbagai cara yang selalu buat pun tidak menjadi juga," ujarnya. Kata Sheila, kurang rehat dan terlalu tertekan menjadi punca suaminya menghidap penyakit berkenaan. Bagaimanapun itu tidak menghalang Lan kembali berkerja seperti biasa selepas melakukan pembedahan kali ini. Lan akan kembali berkerja pada Sabtu ini. "Lan mungkin akan berehat di hospital sehingga Rabu dan akan bertemu peminatnya di Sabah pada Sabtu ini," kongsinya. Sebelum ini, Sheila berkongsi foto Lan sedang terbaring di katil hospital sebaik selesai menjalani pembedahan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!