suria

Tak bagi isteri jumpa anak... Ippo Hafiz bimbang buka aib, serah kepada mahkamah

Ippo hadir ke mahkamah ditemani peguammnya.

KOMPOSER dan penyanyi, Ippo Hafiz memilih untuk tidak mengulas lanjut dakwaan kononnya dia tidak membenarkan isteri, Fara Roslan berjumpa anak kedua mereka iaitu Ibrahim Afi Nur.

Mahu menyelesaikan isu penjagaan anak di mahkamah, Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz, 34, berkata dia enggan menjawab mengenai perkara itu kerana bimbang membuka aib isterinya.

"Berkenaan isu anak, buat masa ini saya tidak mahu beri sebarang komen. Saya serahkan semuanya kepada mahkamah dan semoga semua urusan dipermudahkan dan lancar.

ippo 1

Ippo serahkan segala urusan pada mahkamah.

"Saya pun tak nak bercerita lebih kerana bimbang ia akan menjadi aib, jadi biarlah kita serahkan kepada mahkamah untuk menyelesaikannya nanti. Saya mohon doa yang baik-baik," katanya kepada mStar.

Ippo berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas prosiding keempat kes tuntutan nusyuz yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, Selangor pada Isnin.

Dalam pada itu, Ippo memberitahu dia juga tidak berjumpa dengan anak pertamanya iaitu Yusuf Zahrin Nur kerana di bawah jagaan Fara.

Tegas Ippo, sekiranya Fara tidak berpuas hati dengan hal berkaitan penjagaan anak, wanita itu boleh mengemukakan perkara tersebut kepada mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 4 bulan tak jumpa, isteri tanya Ippo Hafiz... “Mana anak saya?”

ARTIKEL BERKAITAN: Ippo Hafiz dan isteri belum bercerai, hantar notis kepada pihak lempar tohmahan henti keluar kenyataan

"Sekiranya ada rasa ketidakpuasan hati (pihak isteri) boleh cerita di mahkamah saja. Sebab, kalau bercakap soal anak, saya pun sudah lama tidak bertemu dengan anak pertama kami," ujarnya.

Bercakap soal tuntutan hadanah, peguam mewakili Ippo iaitu Fakhrul Azman berkata anak guamnya baru sahaja menerima dokumen tuntutan hadanah interim (sementara) daripada Fara dan sebutan kes akan berlangsung pada 9 Julai depan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Selangor.

"Untuk hadanah kami baru terima tadi yang akan disebut pada 9 Julai depan, jadi kami masih belum tengok kandungan lagi.

Sekiranya ada rasa ketidakpuasan hati (pihak isteri) boleh cerita di mahkamah saja.

IPPO HAFIZ

PENYANYI

"Permohonan itu adalah untuk hak jagaan anak sementara. Jadi, kami akan jawab dulu dan selesaikan. Kami di antara peguam juga akan berbincang mengenai perkara ini," katanya.

Sebelum ini, ketika ditemu bual mStar, Fara memberitahu dia sudah empat bulan tidak bertemu dengan Ibrahim kerana gagal menghubungi Ippo.

Kata Fara, sehingga kini dia masih belum mengetahui keberadaan anaknya dan Ippo juga tidak memberikan sebarang jawapan sewaktu mereka bertemu di Mahkamah Rendah Syariah, Ampang, Selangor pada pagi Isnin.

Pada 23 April lalu, Ippo hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Ampang bagi sebutan kedua kes nusyuz yang difailkan terhadap isterinya.

IPPO3 - 1

Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga sejak 2019.

Tuntutan dibuat susulan isterinya itu tidak pulang dan keluar rumah tanpa izin sejak November tahun lalu.

Untuk rekod, Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

Anak sulung mereka bernama Yusof Zarin Nur, 4, kini dibawah jagaan Fara sementara anak bongsu iaitu Ibrahim Afi Nur, 2, bersama Ippo.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain