MASIH dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak kedua, pelakon Mona Allen tetap meneruskan perniagaan ‘Kek Omputeh’ seperti biasa. Mona atau Muna Hafiraneza Allen, 39, berkata, dia mengagahkan diri membuat kek kerana tidak sampai hati menolak permintaan pelanggan yang menghubunginya setiap hari. Pun begitu kata Mona, dia tidak melakukan kerja berat sebaliknya mendapat banyak bantuan daripada beberap orang pekerja yang juga dalam kalangan ahli keluarga. "Urusan bisnes tetap saya teruskan. Saya tak sampai hati nak tolak permintaan pelanggan. Mona baharu melahirkan cahaya mata kedua pada 4 Jun lalu. "Permintaan pun banyak jadi nak suruh pelanggan tunggu lepas pantang rasa tak syok pula. "Kek yang dijual memang air tangan saya tetapi tidaklah saya melakukan semuanya sendiri, saya ada empat orang pembantu bagi mengurangkan beban proses membuat kek itu," katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, Mona menegaskan proses berpantang tidak terganggu malah menyifatkan kerja-kerja membuat kek sebagai senaman dan menghilangkan bosan jika tidak menguruskan anak. "Ramai tanya saya tidak berehat ke walaupun tengah dalam tempoh berpantang? Sebenarnya saya cukup sahaja rehat. ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Mona Allen umum hamil, bakal timang anak kedua tahun depan ARTIKEL BERKAITAN: Mona Allen selamat bersalin anak kedua, timang bayi lelaki "Dekat rumah ada dua pembantu rumah untuk menjaga anak sulung dan bayi. “Saya pun ada upah bidan untuk menguruskan proses berpantang saya,” jelasnya. Mona bagaimanapun menerima dengan hati terbuka teguran netizen susulan melihat dia lincah bekerja ketika masih berpantang. Kongsi Mona, dia menerima segala nasihat yang diberikan dan bersyukur kerana ramai mengambil berat tentang dirinya. "Sudah tentu saya juga menerima pelbagai komen daripada netizen yang risau melihat saya bekerja sewaktu berpantang. Pekin dan Mona bersama anak pertama mereka Petra. "Tambahan pula saya bersalin secara pembedahan dan mereka (netizen) banyak memberi teguran untuk saya tidak banyak bergerak sebab luka di luar memang nampak okay tetapi dalaman masih belum pulih. "Saya bersyukur kerana ramai ambil berat tetapi apa saya boleh katakan, saya tahu keadaan badan saya dan saya juga tidak akan paksa jika saya tidak boleh melakukannya," katanya. Untuk rekod, Mona mendirikan rumah tangga dengan pelakon Pekin Ibrahim, 43, pada 7 Disember 2018. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Petra Pekin yang kini berusia setahun dan Persia Pekin yang dilahirkan pada 4 Jun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!