suria

Diminta nyanyi seperti Mahalini, kali ini Vanessa Reynauld ikut cakap komposer

Komposer mahu Vanessa beri kelainan dalam lagu baharu.

TAMPIL dengan lagu terbaharu berjudul Erti Rindu, penyanyi Vanessa Reynauld memberikan satu kelainan buat peminat.

Meskipun mempunyai cara nyanyian tersendiri, namun dalam karya ciptaan Affan Mazlan kali ini, Vanessa meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada komposer untuk menjiwa melodi serta liriknya.

Malah menurut Vanessa ia menjadi satu cabaran buatnya apabila Affan cuba meminta dia menjadikan penyanyi asal Indonesia iaitu Mahalini sebagai rujukan.

vanessa 3

Vanessa yakin dengan pilihan komposer lagu baharu.

"Biasanya saya akan sentiasa cuba menyampaikan lagu mengikut gaya persembahan dan nyanyian saya tersendiri. Namun kali ini saya diminta untuk mengubah gaya penyampaian saya.

"Affan mempunyai gambaran tersendiri tentang cara lagu ini dipersembahkan. Ada sedikit bayangan seperti lagu-lagu yang dinyanyikan penyanyi Mahalini," katanya.

Bagi Vanessa sebagai penyanyi profesional ia bukan satu masalah besar kerana dia juga perlu menghormati kehendak dan idea asal komposer berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Vanessa Reynauld teruja nyanyi lagu ciptaan Naqiu, Igau dicipta khas ikut kesesuaian vokal

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Andai Itu Takdirnya’ buat Vanessa Reynauld jatuh cinta, proses rakaman hanya ambil masa 4 jam

Malah dia juga amat berpuas hati dengan hasil rakaman yang dijalankan dalam tempoh empat jam.

"Cabaran utama saya semasa rakaman kerana terpaksa menyesuaikan diri dengan gaya nyanyian berbeza.

"Hasilnya bagus walaupun ada beberapa perkara yang menurut saya mungkin boleh diubah.

vanessa 2

Vanessa berani beri kelainan dalam lagu baharu.

"Oleh kerana pencipta lagu ini sudah mempunyai visi yang jelas untuk karyanya, saya ikutkan arahan kerana yakin bahawa inilah yang terbaik buat lagu tersebut menurut pencipta lagu," ujarnya.

Bercakap lanjut katanya lagu ini membawa kisah tentang perasaan rindu yang dan berharap pendengar dapat merasai maksud sebenar yang ingin disampaikan.

"Saya harap pendengar akan menerima lagu ini dengan hati yang terbuka dan menyukainya.

"Lebih penting, saya harap semua orang boleh merasai maksud lagu ini dan akan memutarkannya berkali-kali," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain