PENYANYI Zynakal terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa menunggang motosikal bersama rakan-rakannya. Insiden itu dikongsikan rakannya iaitu pelakon Raja Atiq di Instastory miliknya pada pagi Isnin. Menurut Atiq atau Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 24, kemalangan berpunca daripada sebuah kenderaan yang tidak memberikan isyarat untuk membelok di persimpangan. Atiq kongsi keadaan Zynakal ketika mendapatkan rawatan. "Punca elak kereta sebab tak bagi signal. Tolong lah rakyat Malaysia. Bagilah signal tak susah pun dan kami tak laju pun," katanya. Atiq bagaimanapun memberitahu Zynakal, 25, hanya mengalami kecederaan ringan dan telah mendapat rawatan di klinik berhampiran. "Alhamdulillah, tak ada kecederaan yang serius. Kami ride okay saja tadi. ARTIKEL BERKAITAN: Zynakal berbaju Melayu putih timbul tanda tanya, kongsi khabar gembira bila sudah sedia ARTIKEL BERKAITAN: Zynakal ‘putih mata’ duit royalti RM120,000 lesap! Kena songlap kenalan rapat... Tunjuk baki akaun RM19.15 "Masa nak balik hampir sampai rumah baru jadi. Tak apalah, yang penting okay," kongsinya. Sementara itu, usaha mStar untuk mengetahui keadaan Zynakal dengan lebih lanjut tidak berjaya apabila panggilan dibuat tidak berjawab. Zyn bagaimanapun ada berkongsi foto memaparkan dia terbaring di pinggir jalan dengan lutut yang cedera. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!