suria

Tuntut nafkah anak secara terbuka, Shuhada minta Hafidz Roshdi jangan asyik berseronok

Shuhada makin berani menuntut secara terbuka.

SUDAH tidak mampu bersabar lagi, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menuntut agar aktor berkenaan melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anaknya.

Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, berkata dia sudah meminta nafkah anak secara peribadi namun diabaikan menyebabkan dia memilih untuk bersuara di media sosial.

"Kepada yang berkenaan, bukan orang tak pernah minta personal, memang semua secara personal tapi tak ambil tindakan, jadi di sini saya ambil kesempatan ni untuk anda selesaikan tanggungjawab anda sebagai seorang bapa.

shu1

Shuhada harap keadilan buat anak-anaknya.

"Betul! Kes mahkamah masih dalam proses, jadi kalau nak tunggu perintah mahkamah, siapa nak bayar hal anak-anak?

"Pengurusan sekolah semestinya mencari bapa kepada pelajar, jadi kalau nak tunggu keputusan mahkamah sampai Umar dan Humairah tak perlu makan? Tak perlu sekolah?" luahnya.

Shuhada berkongsi perkara itu menerusi Instastory yang turut memaparkan tangkap layar perbualan pihak insuran dan sekolah anak-anaknya menuntut bayaran tunggakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajak suami orang keluar minum, Nurul Shuhada buat laporan polis... Yakin dalang penyebaran fitnah mengenalinya

ARTIKEL BERKAITAN: “Tahulah tak pandai” - Shuhada minta Hafidz Roshdi jangan tunjuk bodoh, gagal beza sebutan dan perbicaraan kes mahkamah

Kata Shuhada, selama ini dia menanggung segalanya bersendirian dan hanya mengharapkan belas ehsan daripada ibu bapanya.

"Sepanjang perjalanan ini semua saya, Nurul Shuhada binti Mat Shukri yang tanggung semuanya.

"Di bantu oleh kedua ibu bapa saya juga, untuk semua urusan, kalau anda sedar dengan hukum Allah dan sebagainya mohon taubat sebelum terlambat. Peringatan mesra untuk anda," luahnya.

Dalam hantaran yang lain, Shuhada memberitahu pemilihan sekolah anak sulungnya itu dibuat atas nasihat pakar berdasarkan keadaan Humairah ketika itu selepas mengetahui ibu bapanya bercerai.

Mohon selesaikan bagi pihak Umar bin Muhammad Hafidz.

SHUHADA

BEKAS ISTERI HAFIDZ ROSHDI

Kata Shuhada kos persekolahan itu sahaja menelan belanja hampir RM11,000 dan dia perlu menanggungnya seorang diri.

"Tahun lepas sekolah di pilih berdasarkan nasihat psikiatri yang menitik beratkan hal emosi Humairah pada ketika itu.

"Saya sebagai seorang ibu menerima nasihat pakar dengan hati terbuka dan mencari nafkah untuk anak-anak sehabis baik yang boleh walaupun menanggung semuanya seorang diri selepas bercerai, jumlah persekolahan secara kasar (RM11k).

shu2

Hafidz Roshdi dikatakan bakal kembali berlakon.

"Jadi sekarang dah dapat pendapatan kan? Mohon selesaikan bagi pihak Umar bin Muhammad Hafidz. Jangan asyik berseronok saja," luahnya.

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai tahun lalu.

Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umarr, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain