BARU sahaja habis tempoh berpantang, penyanyi Shila Amzah mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat kembali aktif bermain sukan badminton. Dalam keterujuaan dapat bersukan, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 34, meluahkan rasa kecewa apabila keupayaan fizikalnya tidak lagi secergas dahulu. Jelasnya, dia mengalami kesakitan pada sendi kerana terlalu lama berehat selepas bersalin. Shila berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di aplikasi X. "Terujanya dapat main badminton balik! Tapi bila baru lepas beranak ini kan, semua sendi-sendi terasa longgar. "Baru latihan tennis petang tadi pun dah tak rasa lutut," katanya. Shila menulis perkara itu dalam satu hantaran di akaun X miliknya. Sebelum ini, Shila bersalin anak keduanya melalui kaedah pembedahan susulan tali pusat bayi terbelit di bahagian muka pada 9 Mei lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Tali pusat terbelit, Shila Amzah sekali lagi terpaksa bersalin secara pembedahan... Kali ini lebih mudah sebab Ubai ada di sisi ARTIKEL BERKAITAN: Belum cukup pantang tapi Shila Amzah dah mula bekerja... “Beberapa hari lagi tu kira halal la” Dalam pada itu, Shila memberitahu kesakitan itu berpunca daripada penghasilan hormon relaksin akibat bersalin. Menurutnya, keadaan itu mengambil masa selama setahun untuk pulih seperti sedia kala. "Ia disebabkan oleh hormon relaksin, lebih kurang setahun baru boleh kembali normal. "Saya rasa kena pakai knee guard untuk keselamatan," ujarnya. Shila selamat melahirkan bayi perempuan pada 9 Mei lalu. Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga bersama Ubai pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Rhea Akira. Sebelum itu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Edraki pada 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada 2022. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iatu Seth Uwais yang kini berusia lima tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!