suria

Iqbal Mazlan kecewa diberi harapan palsu, janji bagi ‘job’ tapi kena block... “Mata tak nampak tapi badan saya masih boleh pakai”

PELAKON Iqbal Mazlan meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak memberikan harapan palsu dengan menaburkan janji untuk memberikan peluang pekerjaan kepada dirinya.

Bukan sekadar memberi harapan palsu, Iqbal atau Muhammad Iqbal Mazlan, 35, berkata pihak berkenaan turut bertindak menyekatnya di media sosial selepas dia bertanyakan tentang pekerjaan itu.

“Ada orang mesej dan tawarkan peluang pekerjaan buat saya tapi hanya sekadar janji palsu, sebab bila bagi janji ia seolah beri harapan serta kegembiraan buat saya, tapi bila saya tanya balik terus sekat saya di media sosial.

“Ada beberapa syarikat insuran tawar untuk jadikan ejen insuran tapi mulanya okay kemudian hilang begitu saja, saya tak nak selamanya minta bantuan sebab kalau boleh nak cari kerja juga.

“Apa-apa kerja pun saya boleh buat, saya boleh buat review atau podcast... boleh bercakap di live kerana badan saya masih okay cuma mata saja yang tak boleh nampak,” kata Iqbal kepada mStar.

Dalam pada itu, Iqbal merupakan salah seorang penerima sumbangan wang tunai dalam program mStar Baek Jalinan Kasih dengan kerjasama KPJ Healthcare.

Tujuh penerima diraikan dalam majlis penyerahan sumbangan yang diadakan di Menara KPJ, Kuala Lumpur pada Selasa.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi