suria

Kamal Adli kecewa penganjur ‘hilang’ selepas insiden pukul, bimbang penyerang cuma dihukum penjara 2 tahun

PELAKON Kamal Adli kesal dengan penganjur karnival Hari Raya Mega Sale 2023 yang didakwa lepas tangan selepas kejadian serangan terhadapnya pada tahun lalu.

Kamal, 38, memberitahu sehingga kini pihak penganjur terus berdiam diri dan langsung tidak bertanya khabar mengenai dirinya.

“Kejadian ini berlaku sewaktu di acaranya, saya kecewa dengan penganjur sebab lepas kejadian berlaku dia tidak cuba untuk menghubungi saya.

“Dia pula tidak sediakan pengawal peribadi, sebab perkara ini boleh mendatangkan bahaya pada sesiapa sahaja,” katanya pada mStar.

Kamal juga meluahkan rasa tidak puas hati apabila pelaku tersebut hanya diberikan hukuman penjara selama dua tahun.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi