PELAKON dan penyanyi era 1980-an Isma Aliff meluahkan rasa teruja apabila akhirnya kembali bersatu dengan anak sulungnya iaitu Norismalina sert dua orang cucunya selepas setahun tidak bertemu. Isma atau Muhammad Latiff Ismail, 60, berkata, perasaan sedih yang dirasai terubat apabila Norismalina datang menziarahinya pada malam sambutan hari raya April lalu. "Semenjak dia mendirikan rumah tangga dan saya jatuh sakit, dalam setahun jugalah kami tak berjumpa. Isma antara penerima sumbangan bantuan mStar Baek musim kedua. "Jadi saya gembira dan terharu dapat bertemu anak dan dua orang cucu saya pada hari raya lalu. "Terima kasih datang jenguk papa (panggilan Isma) walaupun dalam keadaan begini saya sangat hargai," katanya kepada mStar. Isma berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa Majlis Penyerahan Sumbangan Jalinan Kasih Prihatin mStar Baek di Menara KPJ, Kuala Lumpur pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Kuatnya semangat Isma Aliff, tengah sakit tapi masih mampu jaga ibu terlantar ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak Isma Aliff kritikal, ditidurkan selepas alami jangkitan pada paru-paru Sebelum ini, Isma pernah meluahkan rasa rindu terhadap dua anaknya Dalam pada itu, Isma turut meluahkan rasa rindu terhadap anak keduanya iaitu Muhammad Aliff yang kini menetap di Ulu Kinta, Perak bersama isterinya iaitu Norha Rafie. Kata Isma, mereka jarang bertemu kerana Aliff turut sibuk dengan rutin harian menjaga isterinya di Perak. yang penting saya dapat jumpa dua orang cucu saya! ISMA ALIFF PELAWAK DAN PENYANYI "Anak kedua bersama ibunya di Ulu Kinta, Perak dan sekarang pun dia menjaga ibunya. "Kalau dia berkelapangan mungkin dia datang menjenguk atau saya akan ke sana menziarahinya," jelasnya. Isma memberitahu sebagai bapa sudah tentu dia sentiasa merindui anak-anaknya kerana sejak kecil mereka sudah dicurahkan kasih sayang tidak berbelah bahagi. TONTON EPISOD MSTAR BAEK BERSAMA ISMA ALIFF INI! Dalam perkembangan lain, Isma merupakan antara lapan penerima sumbangan menerusi program mStar Baek musim kedua. Selain Isma, tujuh lagi penerima sumbangan adalah Pak Engku, Allahyarham Jaafar Onn, Dwan Olan, Izam EYE, Iqbal Mazlan dan Norazlina Zakaria. Kesemua mereka menerima wang tunai RM3,000 selain kad rawatan perubatan bagi membolehkan penerima dan seisi keluarga mendapat pemeriksaan percuma di Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) yang disediakan pihak KPJ Healthcare selama setahun. Isma ketika dirawat di hospital pada Disember tahun lalu. Isma sebelum ini pernah dimasukkan ke Hospital Ampang pada 15 Disember tahun lalu akibat jangkitan kuman pada jantung dan paru-paru sehingga terpaksa diintubasi kerana keadaannya kritikal. Untuk rekod, Isma berkahwin dengan Norha Rafie sekitar tahun 1986. Mereka bagaimanapun tinggal berasingan sejak beberapa tahun lalu kerana Isma menjaga ibunya yang sakit. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube