KETIKA sedang kecoh bekas isterinya mendedahkan perbualan lucah bersama seorang wanita, pelakon Hafidz Roshdi dilihat cuba mengalih perhatian dengan bersuara mengenai tuduhan dia culas membayar nafkah dua orang anaknya. Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 30, menjelaskan tuduhan tersebut adalah fitnah malah dia tidak pernah melupakan tanggungjawab sebagai bapa kepada dua orang anaknya. Dia juga berharap pihak menuduhnya berasa malu menyebarkan berita tidak sahih. Giliran Hafidz bersuara bela dirinya. "Selama ini saya memilih untuk berdiam diri tapi bila perkara ini sudah menganggu kerja saya, saya pilih untuk mempertahankan hak saya demi menjaga nafkah anak-anak saya. "Kenyataan mengatakan saya culas dan tidak membayar nafkah wajib ke atas anak-anak saya adalah fitnah yang menjijikkan dan pelaku harus malu dengan penipuan," katanya. Hafidz berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada pagi Rabu. Dia juga berkongsi beberapa transaksi pembayaran nafkah yang dilakukan sejak hujung tahun 2023 sehingga kini namun mengaburkan jumlahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Shuhada lancar perang! Dedah perbualan lucah Hafidz Roshdi ARTIKEL BERKAITAN: Tuntut nafkah anak secara terbuka, Shuhada minta Hafidz Roshdi jangan asyik berseronok Malah kata Hafidz, dia sentiasa cuba melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa dengan baik. "Saya mempunyai keseluruhan bukti transaksi untuk bayaran nafkah anak yang sedia untuk digunakan dalam tindakan susulan. "Saya dengan jelas ingin menyatakan saya sudah, masih membayar nafkah dan akan terus berusaha menambah nakfah wajib anak anak tanpa culas dan elak dari tertunggak," ujarnya. Sebelum ini, bekas isterinya iaitu Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, menuntut agar aktor berkenaan melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anaknya. Dua orang anak Hafidz kini tinggal bersama Shuhada. Katanya dia sudah meminta nafkah anak secara peribadi namun diabaikan menyebabkan dia memilih untuk bersuara di media sosial. Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai tahun lalu. Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!