SELEPAS mengumumkan anak sulungnya iaitu Seth Uwais didiagnosis dengan autism tahap satu, ramai meluahkan rasa prihatin dengan keadaan penyanyi Shila Amzah. Ramai mendoakan agar penyanyi berkenaan tabah dengan berita tersebut dan ada juga menganggap Shila insan bertuah kerana dikurniakan anak syurga. Pun begitu ada juga sempat melontarkan pertanyaan tentang bekas suaminya sama ada dia mengetahui tentang keadaan anak mereka atau pun sebaliknya. Menjawab mengenai perkara itu, Shila memberitahu suaminya iaitu Ubai adalah individu yang mengambil langkah proaktif terhadap Seth sebagai 'bapa sambung'. Shila puji sikap kebapaan yang dimiliki Ubai. Malah kata pemilik nama sebenar Nurshahila Amir Amzah, 33, itu, Seth turut memanggil Ubai dengan gelaran papa dan pempengaruh media sosial itu seorang penyayang. "Panggilan papa adalah untuk Ubai dan memang Ubai yang mengambil langkah proaktif terhadap Seth sebagai bapa sambung. "Untuk menjawab awak, ya Ubai sangat penyayang terhadap Seth," katanya. Shila berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya selepas mendapat pertanyaan peminat tentang bapa kandung Seth. ARTIKEL BERKAITAN: Sudah lama rasa ada tak kena, anak Shila Amzah didiagnosis autisme tahap satu ARTIKEL BERKAITAN: Ligat main badminton selepas pantang, stamina Shila Amzah tak macam dulu - “Dah tak rasa lutut” "Kak Sha (Shila), papa Seth tahu tak fasal ini? Dia ambil berat fasal Seth tak?," soalnya. Malah dalam hantaran yang lain, Shila meluahkan rasa syukur dengan kehadiran Ubai yang sama-sama membantu menguruskan Seth. Dia juga memuji suaminya itu yang bijak mengambil hati selain mampu menguruskan Seth dengan baik. "Alhamdulillah syukur sangat. Seth memang sangat memerlukan bimbangan seorang bapa yang baik dan yang betul-betul luangkan masa untuk mengenali dia. Shila dan bekas suami bercerai pada 2022. "Lepas Ubai ada, Sha dah tak sorang-sorang uruskan Seth," kongsinya. Untuk rekod, Seth merupakan anak daripada perkahwinan Shila bersama Haris Edraki pada 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada 2022. Shila kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh media sosial Ubai pada 5 Ogos 2023. Mereka baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Rhea Akira pada 9 Mei lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!