USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri pernah membuka ruang kepada bekas pembantu peribadinya iaitu Melati Abdul Ghani untuk berbincang bagi menyelesaikan isu fitnah sebelum meneruskan saman terhadapnya sebelum ini. Aliff sebaliknya menyifatkan Melati, 47, seorang yang degil dan mempunyai ego tinggi apabila tidak menghargai peluang membuat permohonan maaf sehingga terpaksa membawa kes tersebut ke muka pengadilan. "Saya sudah bagi peluang untuk berbincang. Saya sudah beri masa untuk buat permohonan maaf. "Tapi pihak sana (Melati) terus berdegil dan ego tinggi. Aliff dan Shahida meneruskan saman terhadap Melati. "Bila dah kena bayar saman sampai surat masuk penjara, baru kau nak ingat Allah? Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah," katanya. Aliff berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instastory miliknya. Respon itu dibuat sebagai menjawab kenyataan Melati ketika dihubungi mStar yang berharap Aliff dan isteri iaitu Datin Seri Nur Shahida membatalkan niat mereka meneruskan saman mengkomitkan dia ke penjara. Dakwa Melati, disebabkan perkara itu dia sering menangis dan berasa tertekan sehingga mengalami masalah anxiety. ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri menang saman fitnah, mahu heret bekas pembantu peribadi ke penjara ARTIKEL BERKAITAN: Melati doa Aliff Syukri batal hasrat heretnya ke penjara, sudah tiada wang upah peguam - "Semoga niatnya tak tercapai" Malah dia sudah tidak mempunyai wang melantik peguam bagi mempertahankan diri di mahkamah. Dalam pada itu, Aliff menegaskan fitnah dilemparkan terhadapnya dan keluarga sebelum ini turut menyebabkan dia mengalami kerugian selain berasa terhina. Usahawan itu memberitahu, bukan sahaja Melati tetapi dia akan mengheret empat lagi individu yang tidak didedahkan identitinya untuk tindakan undang-undang. "Apa ni sister? Waktu kau menghina, fitnah aku, hasut orang kini kanan sampai aku tanggung kerugian, rasa terhina... Kau tak ingat Allah? "Bila dah naik turun mahkamah, aku dah buat cara baik suruh kau hentikan fitnah ini, kau tak ingat? "Sekarang ini hakim tak bodoh, bukan seorang atau dua tapi empat orang lagi saya akan heret ke mahkamah sampai ke penjara. Tunggu balasannya," katanya. Pada Isnin, peguam Aliff dan Shahida iaitu Hasshari Johari Mawi memaklumkan perintah ex-parte untuk mengkomitkan Melati ke penjara sudah diserahkan kepadanya. Melati memberitahu dia sudah tidak mempunyai wang untuk membayar peguam. Melati juga akan dipanggil semula untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam secara fizikal Jumaat ini. Kes saman fitnah melibatkan Melati dan bekas majikannya bermula pada 2021 sebelum mahkamah memberi kemenangan kepada Aliff pada Oktober 2023. Susulan keputusan itu, pada 29 Mei lalu Melati tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Shahida atas fitnah dilakukan kira-kira lima tahun lalu. Untuk rekod, Melati pernah berkhidmat sebagai pembantu peribadi pasangan usahawan itu selama empat tahun sebelum diberhentikan pada Julai 2020. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!