suria

Setiap saat rindukan Jaafar Onn, anak angkat sudah bantu selesaikan urusan arwah

SETELAH dua bulan pemergian artis veteran Jaafar Onn, anak angkatnya iaitu Hanif memberitahu sehingga kini dia masih sukar untuk melupakan arwah.

Hanif atau nama sebenarnya Mohd Hanif Mohd Hashim, berkata hampir setiap hari dia akan merindui arwah malah seperti tidak menyangka pemergiannya itu berlalu dengan cepat.

“Ramai yang tahu saya dengan arwah papa (Jaafar Onn) sudah lima tahun, jadi bila sibuk akan lupa sekejap tapi bila berseorangan tu dan lihat gambar dia pasti akan teringat dekat arwah.

“Rindu yang tiada penghujung, setiap saat memang akan ingat dia malah dalam doa saya sekali pun, rindu tak akan hilang,” kata Hanif kepada mStar.

Dalam pada itu, Hanif memberitahu dia kini sedang menguruskan urusan hak milik tanah milik pelakon itu untuk diberikan kepada waris dan keluarga.

“Arwah tak ada hutang dengan siapa dan segala bil saya sudah selesaikan, cuma sekarang nak uruskan bil rumah sewa yang kami tinggal itu, selain tengah urus tanah milik papa untuk urusan faraid,” ujarnya.

Untuk rekod pelakon veteran Jaafar Onn meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor pada 3 April lalu pada usianya 73 tahun.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi