suria

“Sayang, bi”... Rezeki Jep ajak berlakon dalam Sepahtu Reunion, ‘Mak’ tak sangka terus popular

PELUANG berlakon dalam program Sepahtu Reunion Live membuatkan wanita dikenali sebagai Markoyah semakin dikenali selepas video lakonannya itu tular di aplikasi Tiktok.

Berkongsi mengenai pengalaman itu, Markoyah atau mesra panggilan Mak, 67, tidak menyangka pelakon utama Jep Sepahtu menjemputnya sebagai pelakon jemputan malah membuatkannya lebih teruja mendapat sambutan hebat penonton.

“Mak tak sangka la selalu tonton Sepahtu Reunion kemudian dapat berlakon pula dengan Jep dan jadi riuh rendah semua terhibur, mak seronok sangat dapat tengok semua gembira.

“Jep tu orangnya senang sangat bila bekerja dan dia anggap macam mak sendiri sebab tu senang walaupun watak ketika itu sebagai isteri.

“Lepas habis berlakon tu, semua orang jumpa mak kemudian bergambar dan cakap mak dah tular di Tiktok,” kata Mak kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi