suria

Wajah tak sesuai jadi hero, Aloy Paradoks sabar terima hinaan... “Kau ada duit, kau handsome”

PELAKON Aloy Paradoks mengakui dirinya terasa apabila dihina dan dikecam kerana tidak mempunyai wajah yang hensem untuk menerajui drama Metro Crime Series terbitan TV3.

Aloy bagaimanapun berkata dia tidak mahu ambil pusing perkara itu dan enggan menyimpan perasaan dendam terhadap individu yang menghinanya.

“Secara jujurnya saya tidak ambil pusing tentang itu sebab takut ganggu emosi saya. Bagi pandangan saya, saya tidak marah dan tidak dendam namun ada sedikit terasa.

“Saya anggap ia sebagai pendapat kurang bijak dan bodoh yang datang dari pemikiran yang lemah. Saya tidak rasa saya buruk, saya hanya kurang hensem disebabkan tidak mempunyai duit.

“Saya ini bukanlah pelakon yang senang, bermewah-mewah. Saya sangat ‘struggle’ dengan kehidupan sebagai anak seni. Kalau tiada tawaran, saya kerja separuh masa bawa grab dn ambil upah mesin rumput,” katanya kepada mStar.

Tambah Aloy, dia juga sudah terbiasa dengan perkara itu dan mendedahkan sering ditolak untuk berlakon disebabkan tidak memiliki wajah yang hensem sejak 2015 lagi.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi