suria

Rahim Kidol bercerai di usia 64 tahun, syukur akhirnya dapat kerja tetap... Dah lama tiada tawaran lakonan

HAMPIR setahun lebih tidak menerima tawaran berlakon, akhirnya pelakon Rahim Kidol menarik nafas lega apabila kini dia ditawarkan pekerjaan tetap sebagai pengurus sebuah hotel di Klang, Selangor.

Menurut Rahim, 64, dia tidak menyangka apabila individu dikenali sebagai Datuk Syukri tampil menghulurkan bantuan kepadanya serta membantu ringankan beban yang perlu ditanggung ekoran tiada tawaran lakonan.

“Ada individu dikenali sebagai Datuk Syukri kesian dekat abang dan berikan abang peluang pekerjaan ini sebagai pengurus hotel di sini.

“Abang bersyukur sangat kerana dapat peluang kerja dekat hotel ini, dengan usia 64 tahun ini dapat lagi peluang kerja memang rezeki.

“Anak-anak semuanya menyokong keputusan saya dan membantu juga cumanya yang sedihnya saya sudah berpisah dengan isteri pada Ogos tahun lalu, tapi tak apa jodoh semua Allah yang tentukan,” kata Rahim kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi