suria

Suara persis Ella, Jovita Pearl tak sangka bakat diterima peminat Malaysia... Kini bukan lagi penyanyi jalanan

SELEPAS tular di aplikasi TikTok, penyanyi Indonesia Jovita Pearl tidak menyangka bakat dimiliki diterima ramai sehingga menerima undangan nyanyian di Malaysia.

Gara-gara tawaran nyanyian itu, Jovita atau Novitasari, 27, berkata dia kini sudah tidak lagi menjadi pemuzik jalanan.

Apa yang lebih menarik perhatian, suara Jovita dikatakan persis ratu rock Malaysia iaitu Ella.

“Saya tidak lagi jadi pemuzik jalanan kerana sekarang ini lebih kepada memenuhi undangan nyanyian di majlis, selepas menyertai pertandingan X Factor Indonesia banyak mengubah karier saya.

“Untuk disamakan seperti kak Ella macam sukar nak percaya sebab Ella jauh lebih baik daripada saya cuma mungkin ramai yang cakap suara sama waktu muda itu membuatkan saya jadi terharu serta bangga.

“Saya baru saja selesai buat persembahan di Zepp Kuala Lumpur dengan kumpulan Search dan nanti pada November akan ada lagi konsert,” katanya mStar.

Dalam perkembangan lain, Jovita Pearl ada keluarkan single terbaharu berjudul Tetap Ku Cinta kolaborasi bersama artis Malaysia iaitu Projector Band.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi