suria

Bukan sekadar datang tunjuk muka, Aqasha tegur bakat baharu tiada hala tuju masuk industri

PELAKON Aqasha sentiasa terbuka menyambut kedatangan bakat baharu di dalam industri seni tanah air.

Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Akassya Rosli, 41, bagaimanapun meluahkan rasa kurang senang apabila terdapat di antara pelakon baharu tidak bersungguh-sungguh dalam karier lakonan mereka.

“Apa yang saya boleh katakan, saya rasa apabila mahu jejakkan kaki dalam apa bidang pun, yang penting adalah persediaan. Kita kena siapkan diri tentang apa yang kita lakukan dan dikehendaki orang lain. Kadang-kadang apa yang jadi masalah (pelakon baharu) adalah mereka tidak tahu hala tuju mereka.

“Saya ada nampak pelakon baharu yang tidak buat ‘homework’. Tidak dinafikan mereka masuk dalam industri disebabkan minat tapi ada juga yang semata-mata untuk perluaskan rangkaian atau jajahan mereka sahaja.

“Kalau nak masuk industri, setidak-tidaknya adakan ruang untuk ambil tahu tentang dunia seni. Tak seronoklah kalau datang (set penggambaran) hanya untuk tunjukkan muka sahaja,” katanya kepada mStar.

Jelas Aqasha, sekiranya perkara tersebut berlarutan, ia akan menjejaskan dunia seni negara.

“Kalau tak sungguh-sungguh, itu jadi punca (kita kebelakang), kalau kita hanya melepaskan batuk ditangga, orang tak bangga dan tak endahkan kita dan akan tengok (bakat)orang luar. Penyudahnya kita kekurangan anak seni yang boleh dibanggakan suatu hari nanti,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi