suria

Amir Ahnaf bersedia dibandingkan dengan bakat baharu, enggan dikenali kerana kontroversi

MENGAKUI kontroversi merupakan salah satu cara mudah untuk melonjakkan nama, pelakon Amir Ahnaf bagaimanapun lebih selesa untuk tidak terpalit dengan sebarang isu panas.

Ini kerana Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 24, berkata, masyarakat ketika ini lebih mudah untuk percaya dengan kontroversi tanpa sebarang usul periksa.

“Kalau orang terdekat yang kenal saya, saya ini memang jenis pendiam. Saya pemalu orangnya. Saya lebih memilih untuk mendiamkan diri daripada beri makan kepada semua (buat kontroversi).

“Saya akui kontroversi ialah teknik pemasaran yang bagus untuk aktor. Tapi kadang-kadang orang Malaysia ini cepat percaya dengan kontroversi yang tiada pucuk pangkal. Mereka tidak tahu asal usul tapi mereka percaya,” katanya kepada mStar.

Tambah Amir, dia lebih mempercayai bahawa bakat, kerja keras dan juga sikap yang baik adalah lebih penting berbanding kontroversi untuk terus kekal relevan.

Dalam perkembangan lain, AMir juga menyatakan kesediaannya untuk dibandingkan dengan ramai pelakon baharu dan bimbang mengenai perkara itu.

“Perbandingan adalah satu benda yang bagus lagi-lagi dalam industri filem. Generasi baharu ini kita kena ajar mereka untuk buat persaingan yang sihat. Kalau muka sama sahaja yang berlakon, orang pun bosan juga kan. Jadi, teruskan buat perbandingan,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi