suria

Adi Priyo ada sebab kolaborasi bersama band lain, 6ixth Sense belum berpecah

VOKALIS 6ixth Sense iaitu Adi Priyo menyangkal dakwaan kumpulan tersebut sudah berpecah dan membawa haluan masing-masing.

Sebaliknya kata Adi, mereka masih bersatu sebagai sebuah kumpulan namun kesibukan dengan urusan lain termasuk peribadi membuatkan masa bersama menjadi terhad.

Disebabkan itu, Adi memberitahu dia mengambil keputusan meneruskan karier seninya dengan berkolaborasi dengan band lain sementara menanti kesemua anggota 6ixth Sense mempunyai masa lapang.

"Kalau nak tunggu mereka ada masa pun tak boleh. Jadi saya keluarkan karya saya walaupun bukan dengan 6ixth Sense.

"Kami masih sebuah kumpulan cuma kami jarang bertemu maklum sahaja kami semua sudah ada keluarga dan anak," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi