suria

Projector Band kecewa bakat tidak dipandang, merajuk mahu cuba nasib di Indonesia

GITARIS kumpulan Projector Band, Angah mengakui tersinggung dengan sikap segelintir pihak yang menilai rupa daripada bakat yang ada pada seseorang penyanyi.

Angah atau Razif Zainuddin, 32, turut memberitahu pernah berputus asa kerana bakatnya sebagai seorang penulis lagu tidak dihargai ramai.

“Sebenarnya saya rasa nak berhenti buat muzik, saya pun manusia, mesti ada rasa putus asa juga, kadang-kadang terfikir juga kenapa bakat yang saya ada ini tidak dihargai ramai.

“Iyalah kita orang kampung, kadang-kadang orang lebih melihat apa kita pakai dari apa yang kita ada,” ujarnya pada mStar.

Angah turut memberitahu dengan berkolaborasi bersama artis Indonesia ini berjaya memujuk semula hatinya yang tersinggung.

Dalam pada itu, Angah berkata dia turut bimbang sekiranya ada bakat baharu lain menerima nasib sama sepertinya.

“Dengan berkolaborasi bersama orang Indonesia ini sepertinya memujuk hati saya, dia seperti membuka ruang untuk saya semula.

“Untuk aku yang muda, aku rasa kasihan dengan remaja yang lain boleh buat lagu, saya tak nak mereka senasib dengan saya.” katanya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi