suria

Isteri buka tudung selepas kembali ke awan biru, Idzham Ismail lapang dada dimaki netizen

HANYA disebabkan mengizinkan isterinya kembali bekerja sebagai pramugari, teruk pelakon Idzham Ismail kena kecam sehingga ada melabelnya sebagai suami dayus.

Ia susulan isterinya iaitu Bella Sudeen kembali melepaskan hijabnya demi tuntutan kerja sebagai pramugari.

Idzham atau Muhammed Idzham Ismail, 36, memberitahu dia terima dengan hati terbuka segala kritikan diberikan namun meminta orang ramai berhenti bercakap buruk mengenai dia dan isteri.

"Saya mengambil kira soal agama kemudian jiwanya pula... Saya sendiri sudah fikir sedalam-dalamnya soal ini, lagipun komen itu adalah perkara betul dan saya tak marah.

"Saya hanya mampu berdoa kepada Allah SWT untuk tunjukkan jalan terbaik buat kami selepas ini.

"Kalau nak tegur pun gunalah cara yang lembut, bukannya kasar," katanya kepada mStar

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi