suria

Arja Lee ke Paris bukan bercuti, giat promosi seni dan budaya Malaysia di peringkat global

USAHA pelakon Arja Lee bersama Pertubuhan Kraf Malaysia (MCC) memartabatkan seni dan warisan budaya Malaysia ke peringkat global akhirnya terbayar.

Arja atau Azharudin Ramli, 41, berkata, MCC mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara dalam usaha mereka memperkasakan kraf tangan dan aktiviti berkaitan seni di Kelatan.

Arja yang juga timbalan presiden MCC memberitahu pengiktirafan tersebut diterima ketika Konvensyen Unesco yang diadakan di Paris pada Jun lalu.

"Alhamdulillah MCC menjadi salah satu badan bukan kerajaan terpilih mewakili Malaysia mempromosikan budaya serta khazanah negara di Paris.

"Tidak hanya itu kami juga mendapat pengiktirafan Unesco sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara dan berbangga dapat mengharumkan nama negara.

"Pemergian kami ke Paris bukan untuk bercuti tetapi ingin mempromosikan seni persembahan, teater, lakonan dan kraf tangan Malaysia kepada dunia," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi