suria

Khai Bahar masih boleh tersenyum kena difitnah, tak reti simpan dendam

PENYANYI Khai Bahar rimas apabila terlalu banyak kontroversi panas yang tidak benar membabitkan dirinya sejak kebelakangan ini.

Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 30, berkata, dia tidak mampu menutup mulut orang lain daripada bercakap buruk tentangnya namun jauh disudut hati perkara itu dihentikan.

"Saya tak penat (dengan gosip) tapi geram sebab cerita itu tidak betul. Ada dakwa pernah jumpa dekat Shah Alam la, apalah.

"Bila tengok gambar, saya tak kenal pun individu dimaksudkan. Nak bercakap boleh tapi janganlah buat cerita yang tak wujud," katanya kepada mStar.

Walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan kepadanya, Khai memberitahu dia bukan seorang pendendam malah tidak pandai memarahi orang lain.

"Saya ini semua orang saya kawan walaupun ada yang buat tahi (buruk). Saya masih mesej sampai orang marah kenapa saya baik sangat. Saya tak reti benci orang," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi