suria

Sean Lee seronok bergelar suami, dah tak payah sorok-sorok keluar dengan isteri

BIJAK merahsiakan kisah cinta tanpa dapat dihidu sesiapa, rupa-rupanya pelakon dan pengacara Sean Lee sudah lapan tahun menjalinkan hubungan dengan isterinya iaitu Bay Doucet.

Sean atau Lee Jia Ern, 30, berkata, dia mengambil masa lama untuk melamar Bay kerana mahu isterinya itu ruang menjalani kehidupannya sendiri terlebih dahulu.

Jelasnya, sejak awal hubungan mereka juga dia yakin Bay adalah wanita terbaik dan sempurna untuk dijadikan sebagai teman hidup.

"Sebenarnya kami sudah bersama agak lama, lapan tahun... Seperti hubungan lain, tiada yang sempurna malah kami pun ada pasang surutnya.

"Saya pilih menamatkan zaman bujang selepas lapan tahun bercinta sebab mahu beri Bay masa menjalani kehidupannya sendiri," katanya kepada mStar.

Hati sedang berbunga-bunga selepas berkahwin, Sean memberitahu dia berasa lega sebab selepas ini dia dan isteri tidak perlu lagi menyorok tentang hubungan mereka.

"Kahwin memang seronok tapi paling penting saya rasa lega sebab selepas ini nak keluar dengan isteri pun tak perlu nak sorok-sorok," ujarnya.

Sean dan Bay melangsungkan perkahwinan dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri kaum keluarga dan rakan terdekat pada 7 Julai 2024.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi